Antara foto paling awal yang diambil dan yang paling awal ada dalam simpanan sewaktu berusia 7 tahun. Foto diambil ketika baru mula melangkah memasuki alam persekolahan sekolah rendah di BPES@SRJK Inggeris Batu Pekaka, Kuala Ketil pada tahun 1967. Tiada foto lain yang lebih awal daripada yang ini....(Bukan Kerana Mahal Tetapi Kerana Miskin)....kerna itu amat sukar untuk saja-saja bergambar...apalagi untuk membeli album untuk menyimpan gambar...APALAGI untuk membeli ALMARI untuk menyimpan perkara begini walau NilaiNostalgianya amat TINGGI.......
BudakKerdil KualaKetil
Benih Suku SiKumbang dari KampungTeluk, BatangKapas, TanahMinang bersatu dengan Telur dalam rahim dari Suku Mengkinang, Kampar, TanahMinang bertemu di KualaKetil....tumpah darahkelahiran di Kampung PekanLama KualaKetil pada 27 Mei 1960............
Maka dinamai Ahmad anak kepada Mohd Noor cucu kepada Said@AyekPatah......dari Keturunan UngkuAmpu Kampung Taluk, Batang Kapeh, Sumatera, Indonesia....Selebihnya Allah sahaja yang mengetahui.....WallahuaQlamuBissowab.....(takdak ilmu takleh jawab)....sebagai guraukata urang tua-tua.......
Dan foto kedua antara paling awal diambil dan satu-satunya yang ada dalam simpanan ketika baru melangkah kaki memasuki sekolah menengah pada tahun 1973. Daripada seorang budak kampung BUAIH dari PekanLama KualaKetil....dibawa@diantar dikurung di sebuah sekolah di SungaiPetani......dan ketika itu alahai sukarnya...sukarnya nyesuaikan diri dengan suatu keadaan yang janggal...suasana berbeza..rutin yang asing dan baru.......jiwakecil budakkerdilpandir dalam diamtakut.....kadang memberontak....Cuma sebagai manusia yang diberi akal kita tetap akurrrrr....SabarSubur akhirnya kita membesar JadiOrang....walau bukan OrangBesarTerkenal...kita menumpang hidup di celah-celah kehidupan tanpa menyusahkan OrangLain.....Hari ini kami membina kehidupan sederhana sambil berdoa supaya sentiasa dalam rahmat Allah..... supaya anak-anak yang kami warnai diterima Allah.....supaya diberi kesihatan dan dipanjangkan usia untuk melihat kejayaan anak-anak.....dengan harapan mereka tiada akan merasai kemiskinan itu.......APALAGI MEWARISINYA kembali......Aminnn.